Pages

Ads 468x60px

Monday 4 March 2013

Gastrik | Apabila penyakit menguasai diri!!


Assalamualaikum semua..
Kalau ada yang perasan, dah hampir sebulan lebih fira tak menulis disini. huh, lama sungguh. Macam-macam yang berlaku dalam waktu tak berblog tu yang memenuhi kehidupanku. *macam busy sangat je bunyi kan* hehe.. Pertamanya, setelah sekian lama hidup dibumi ini dengan tiba2nya fira terkena penyakit gastrik. Teruk tahu. Daripada berat selalu 47-49kg turun sampai 43.6kg je. *masa timbang memang muka pucat terkejut* huhu.. Selepas beberapa minggu dah pulih bulan lepas, awal bulan ni terkena sekali lagi. sob2.. Tak selera makan, loya, perut luka, dan banyak angin dalam perut (itu antara symptoms2 nya). Ada orang kata gara2 stress. *yaka?* Busy yang lain tu termasuk la, membikin dan menyibukkan diri di page bisnes sendiri Fierra Beauty Shoppe dan Sabun Kolagen Rumpai Laut - K Secret. Jemputlah LIKE kedua page ni tanda sokongan anda.. tq.. Bawah ni fira bagi sedikit info tentang penyakit gastrik. Selepas ni, sama2 kita menjaga kesihatan masing2 ya.. :)

Gastrik
Sumber Info: 1 Klik
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.



    Tahun 2012 : dulu chubby sikit.. dan pipi bam bam..


    Tahun 2013: Sekarang, sampai ada yang kata fira edit bagi nampak kurus.. ish3.. gara2 gastrik..

    Lepasni, nak maintain 46kg, baru stabil dengan ketinggian yang tak berape nak tinggi tu.. hehe.. Sekarang fira makan supplement dengan pengambilan PMC/Kolagen Rumpai Laut secara berterusan, katanya baik untuk pulihkan orang gastrik.. Insyaallah.. Ada jual dekat page fira jugak taw.. *promote sat*..  Ok, sekian terima kasih kerana sudi melawat blog fira dan membaca entri yang agak boring kali ni.. Almaklumla cakap pasal kesihatankan, faham dah.. Mesti ade yang skip tengok gamba je kan.. kan..  hehe.. 

 

Kata-kata Semangat

"jika anda mahukan kejayaan, jgnlah meningglkn sorg drpd kamu berada didlm kegagalan.. biarlah kejayaan itu dikecapi dan dirasai bersama tnpe ada yg terkebelakang.."

"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."

"Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

Kata-kata Hikmat

"Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya."

"Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan."