Pages

Ads 468x60px

Tuesday 30 October 2012

Segmen Santai: Muara Hati

Assalamualaikum..

Dengar je tajuk lagu tu konfem suma dah tahu kan.. Ok, arini fira sediakan utk halwa telinga pembaca lirik *agak over disitu guna gamba sendiri* hehe dan muzik video Muara Hati (official studio version) serta disebalik tabir pembikinan muzik video Muara Hati.. Lagu yg berulang kali dengar sampai tak reti nak berenti dah.. tak tau la org sekitar bengang ker tak dok ulang jer kan sbb suka sangat2 bukan saje lagu dia tapi penyanyi tersohor negara tu Dato' Siti Nurhaliza.. *peminat setia ni tau* dari kecik sampai sekarang ni still lagi mengikuti aktiviti idola kesayangan ni.. :) So, silalah dengarkan dan saksikan muzik video OST Adam dan Hawa ni.. kalau boring2 ker pegi je kat blog fira ni ek, macam2 ada.. *promote sikit* hehe.. padahal baru nak aktif update entri pun.. 


Lirik Muara Hati



MTV Muara Hati (Official Studio Version)



Disebalik tabir pembikinan muzik video Muara Hati



Gambar disebalik tabir Muara Hati

Beliau punyai AURA tersendiri.. Dato Siti.. My Idol.. hehe..





Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog ni ye..

Monday 29 October 2012

Berwajah Baru!! I loike!!

Assalamualaikum..

Cuba tengok ape yg berwajah baru tu? cer tengok cer tengok.. hehe.. Dengan berbesar hatinye nak jgk menunjuk hasil grafik yg telah diubah yg tidak berapa canggih kat HEADER blog kita tu kan kan.. ok tak? *mintak puji* hihi.. Jenoh tau buat benda alah tu.. sebab tak mahir.. tapi paling mudah menggunakan Adobe Photoshop CS4 laa.. tu pun berpeluh jugak lah nak mengedit.. huh!! lepastu siang tadi sempat jugak tambah widget2 baru utk menaikkan seri wajah blog fira yg kusam nih.. bagi comel2 sikit, tapi dah macam keanak-anakan pulak.. warna pink gitu.. hee.. takpelah, sesuai dgn umur yg masih muda remaja sweet 21 ni kan.. hehe.. :p (tak igt tu awal januari taun depan dah 22thn ok) ni baru dapat buat sikit2 je edit blog sbb masih belaja lagi tentang template la bagai2 tu.. takpe, slow2 naa.. "saya budak baru belajar, kalau salah tlg tunjukkan" :) ok, sekian terima kasih.. itu je nak cakap utk malam ni.. Nah tengok proses mengedit yg jenoh sgt tu.. Mari mengasah bakat grafik yg tak seberapa tu.. haha.. 

Proses mengedit menggunakan (Adobe Photoshop CS4):
Langkah Pertama
copy la kat mana2 link utk header ni (PNG file)

Langkah Kedua
crop dan erase dgn kemas utk masukkan gamba ni kat tempat yg dikehendaki

Langkah Ketiga
tambahla apa2 teks ker..
taraaaa... siap dah header ni.. pastikan save dlm (PNG file) .. :)

Terima kasih kerana sudi membaca entri seciput ini.. hehe.. 

Sunday 28 October 2012

Melawat kubur arwah opah di Hari Raya Aidiladha.. Rindunya Opah!!

Assalamualaikum pembaca..

Pertama sekali, nak ucap Salam Aidiladha suma.. Sory kelewatan dan dah lame pun tak update ape2 kat sini.. jari jemari dah keras nak menulis.. (alasan) hehe.. Entri kali ni nak cite tentang arwah opah fira yg dah meninggal sejak 5/4/2011, masa fira tgh praktikal diploma.. sob sob.. Opah meninggal sebab sakit barah hati.. kalau nak tau sakit barah hati ni adalah yg paling teruk berbanding sakit lain, sebab bole buat pesakit lupa ingatan, rebah tiba2, senang cite inilah pengalaman pertama fira bersama org sakit yg dah  nak nazak, kene jaga dan tido disebelahnya setiap malam.. Utk pengetahuan, opah fira tak suka tido dikatil suka tido kat bawah,so, fira dgn opah pun stiap malam tido kat toto.. (agak korg tau tak toto tu ape?) Yang paling sedih mse 2 3 hari sebelum dia nak pergi, sebelum dia tido dia suka termenung, pastu penah fira tertengok dia tgh termenung pandang fira tau.. tapi opah buat2 pandang tempat lain lepastu.. sebenarnye kita dah prasan dah.. then, opah bukan jenis org yg suka mengadu sakit, kalau bole dia nak gagahkan jgk diri dia buat sendiri suma.. padahal dia dah tak larat nak bangun pun, jalan pun jatuh2.. penah la jgk dia terjatuh atas badan fira masa dia bangun nak pegi bilik air sendiri, pegang meja kaca pulak tu.. Ya Allah, nasib baik opah takde pape.. Setiap malam kene berhati2 je tido supaya tak lena sgt takut opah jaga sorg2 nak pegi tandas.. Mengantuk la jgk nak pegi keje setiap pagi tu (mse praktikal).. huhu.. tapi takpe demi opah, fira pun tak penah rapat sgt dgn opah (bukan cucu kesayangan), manje2 ker tak penah pun.. bila dah hari2 terakhir dia baru dpt rapat mcmtu.. Malam last sebelum opah pegi kan, bunyi dia bernafas kuat sgt.. dia tak tido pun, asik terjaga je.. fira pun tak leh pejam mata malam tu, apalagi nak lena.. dah pagi dlm pukul 3-4 mcmtu opah muntah2 teruk tak berhenti.. waktu tu mak fira pun dah bangun dgn kakak sorg lg.. tak sanggup nak tgk keadaan dia waktu tu.. hmm.. teruk sangat2!! kesian opah!! Esok paginye ayah,mak,adik bawak pegi hospital dgn harapan opah dpt bertahan lama sikit laa.. tapi tak.. Lusa paginye jgk opah kesayangan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Innalillahiwainnalillahirajiun.. Jenazah opah muka suci bersih je rupa, siap dgn wajah tersenyum lg.. sejuk hati memandang.. hurm.. Semoga opah ditempatkan bersama orang2 yg beriman.. amin ya rabbal alamin..


                                                  
                                        Salam Aidiladha!! ni muka tak mekap tempek bedak arab je waktu kat kubur.. 
Ni kubur arwah opah.. Marbiah binti Zainal Abidin.. bacaan al-fatihah dan yasin utk opah ..

Teringat nasihat opah: "eiya blaja sampai habis tau, lepastu nak buat ape pun takpe.." (eiya panggilan famili) sebenarnye, kos (kesetiausahaan) yg fira amik tu bukan pilihan hati fira sbb tu waktu study diploma dulu byk sgt cabaran kene tempuh, penah sampai rasa dah give up sgt.. fira minat art & design.. dapat pun tawaran kat uitm sri iskandar kos tu, at the same time dpt jgk kos setiausaha kat poli.. tp demi kata2 org kos art & design susa nak cari keje terpakse la amik kos setiausaha walaupun tak berminat.. hurm.. cita2 dulu nak jadi pereka dan ade butik sendiri tapi tu suma dah terkubur bersama impian dan cita2 yg tak kesampaian.. forget it lah fira!! takde rezki ke situ namanya kan.. bila rasa give up blaja kan, itulah kata2 yg fira igt, kata2 opah tu fira pegang sampai abis belaja.. alhamdulillah, dapat jgk lepas diploma tu sekarang dgn pointer cukup2 makan 3 pointer something je.. opah harus bangga dgn cucu opah ni jgk tau.. hehe.. thanks jgk kat opah sbb kata2 semangat tu.. love u opah!! :)

thanks sudi baca entri yg feeling2 kali ni.. :) 
 

Kata-kata Semangat

"jika anda mahukan kejayaan, jgnlah meningglkn sorg drpd kamu berada didlm kegagalan.. biarlah kejayaan itu dikecapi dan dirasai bersama tnpe ada yg terkebelakang.."

"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."

"Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

Kata-kata Hikmat

"Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya."

"Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan."