Pages

Ads 468x60px

Wednesday 2 January 2013

Part 2 & Part 3 | Fierra Hussayne dalam rancangan Generasi Y??

Assalamualaikum semua..

Sudahpun masuk tahun baru 2013. Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog ini. Semoga segala urusan terlaksana dan dipermudahkan hendaknya pada tahun ini. Amin.. Entri kali ni sambungan pada tajuk Part 1 yang lepas tentang jemputan Generasi Y. Teruskan membaca ok!! hehe.. Kali ni entri agak panjang berjela sebab dari Part 2 skip terus sampai part 3. *harap anda tidak boring* huhu

Part 2: Selepas mendapat berita jemputan..
Pada pagi Isnin 17/12/2012 keesokan harinya, awal2 pagi lagi dah bangun. Selalu almaklumla kelewatan sikit bangunnya. hehe.. Ni lepas solat Subuh memang mata dah berkelip2, kepala pun dok pusing2 memikirkan jemputan tersebut. *hati tak tentu arah* Bukan apa, selama ni fira tak pernah berangan nak masuk rancangan sebegini ka atau nak kena berhadapan dengan audience dan kamera. Dulu masa sekolah dan kat Poli tak penah ketengahkan diri, asyik nyorok duduk belakang orang ja. Yang fira aktif dulu pun Koir kat sekolah dan sukan larian ja. Dekat Poli masa diploma lagi la tak aktip langsung. Pidato ka, syarahan ka suma tak penah masuk. Tak reti dan segan. *saya ni pemalu orangnya* hukhuk.. Lepastu kan, dok tanya kakak, abang, mak, ayah, sumalah yang ada kat rumah waktu tu, tanya pendapat dorang pulak. Macam2 la pendapat dan pandangan suma diambil kira dan kata dorang yang paling penting diri sendiri tu. Bole buat atau tidak? Bersedia ker nak berhadapan dgn ramai orang (audience) dan kamera? Dah cari rujukan tajuk yg diberi? Dan sebagainya. Bila dah fikir banyak2 kali soalan2 dorang tu dan setiap soalan fira dah bole yakin jawab, dalam pukul 9 camtu fira pun balas inbox mesej insan yg menjemput fira (penerbit rancangan) dan juga hantar mesej kat nombor fone seperti yang diberikan diatas kesudian fira menerima jemputan tersebut. Dalam mesej tu siap fira tanya, ade sediakan teks soalan dan sebagainya. Yelakan, org pertama kali kena jemput kena banyak bertanya dan ambil tahu perkara yang kita tak pernah tahu sebelum ni. Bila dah hantar mesej tu, waktu tu rasa macam "Eh, betul ker aku ni?", "Em, takpa kot, rakaman je kan" *sedapkan hati yg tak berapa nak tenang* dup dap jantung tunggu respon mesej dari yang berkenaan. Dalam pukul 9.30 camtu, krik krik *bunyi mesej ringtone cengkerikku* hehe.. Alhamdulillah, dapat dah respon balasan mesej tadi. Katanya, terima kasih feedback, jangan risau konsep program ni santai dan bersahaja dan Muaz (pengacara) akan mainkan peranan, tiada soalan yang disediakan, perbincangan 'on the spot' semasa rakaman. Tengahari beliau call untuk briefing. <<contoh lebih kurang mesej beliau. Ok, fira balas. Hati dah agak tenang sikit *sikit la* sebab dah bagi jawapan jemputan dan dapat respon yang baik.

Part 3: Semasa hari rakaman berlangsung..
Pada 18/12/2012 hari Selasa, awal2 subuh pukul 5 pagi lagi fira dah bangun and get ready baca bahan rujukan yang dah dicari dari semalamnya. Semalamnya pun dah baca sikit2. Tapi macam tak puas hati dan tak cukup, on lappy dan cari lagi bahan rujukan yang berkaitan. hehe.. Pagi tu lepas solat Subuh, praktis apa yang nak dicakap, cara cakap dan bagai2 la. And the most important part is when I have to fight my stage fright. *eh lidah melayu ter'speaking' omputih pulak* hehe.. Lepas dah praktis macam2 tu kan, tetibe dalam pukul 9.30 camtu, fira rasa tak sedap badan, rasa nak demam, pening, muntah, rasa tak larat dan lemah badan sebab masa hari Ahad sebelum tu kena hujan pi kenduri kawen kawan. Hah, sudah, abesla daku!! Waktu tu fira ngadu kat mak, macamane nak buat kalu dah camni? Mak fira suruh makan ubat dan baring sekejap dalam sejam. Yang terbaiknya, mak fira siap suruh ayah pegi beli air kacip fatimah 2 tin, air zam-zam, air milo kotak untuk persediaan anaknya yang tetibe jatuh sakit. *terima kasih mak, luv u!* Fira terlajak tido dekat 1 jam setengah sampai pukul 11, brape kali dah mak fira kejut. Bangun2 ja, ya Allah dah pukul brape ni? Memang dah terlewat, nak mandi dan bersiap lagi. Badan still rasa lemah lagi. Masa bersiap tu mak fira paksa minum air kacip fatimah tu, mula2 rasa kembang tekak takut tak sedap, rupanya sedap la jugak, telan setengah ja, bagi badan bertenaga balek. Pukul 1 baru bertolak dari rumah ke Angkasapuri. Dalam kete sempat berbalas soalan dgn ayah fira, dia bagi idea sikit2. Sampai Angkasapuri dalam pukul 1.30. Dah sampai tu, pegi kat pos pengawal, dapatkan pas pelawat tapi pengawal tak bagi masuk kete dalam waktu bekerja, fira pun mesej penerbit sebab beliau kata dah ada tempat kete khas disediakan kat dalam. Then, sementara tu tunggulah kakak datang join rakaman ni. *fira paksa datang bagi semangat* huhu.. Penerbit pun call uruskan hal tu, dan dapatlah kami bertiga masuk ke dalam dengan rasminya disediakan tempat parking VIP ok, siap disambut oleh penerbit sendiri. Wah!! Terima kasih RTM dan penerbit yang baik hati. :) 

Gambar sebelum, semasa dan selepas sesi rakaman Generasi Y tempoh hari. :) Jom saksikan!
Credit to: Nik Ramzi Nik Hassan (Official Photographer RTM)
Edited by: diarisatuhati.blogspot.com (compile photos into one session)






Penghargaan kepada RTM, Kru Produksi Generasi Y, Official Photographer RTM, Make-up artist, Band iringan dan yang paling utama terima kasih diucapkan kepada Penerbit Rancangan Generasi Y, En. Hisham kerana telah menjemput saya untuk menjadi panel undangan yang bertajuk "Berguru Dengan Internet" pada kali ini. Dan terima kasih juga kepada Pakar Motivasi (Cikgu Lutfi) yang banyak memberikan idea dan tunjuk ajar dan juga Pengacara (Muaz) yang banyak membantu memainkan peranan penting sepanjang sesi rakaman berlangsung. Layanan yang diberikan pihak RTM sangat memuaskan. Ini adalah pengalaman pertama yang dapat memberi pengajaran dan pembelajaran baru buat saya. Kenangan terindah yang takkan ku lupakan. Salah satu program yang bagus untuk anak2 muda tonton. 



(Terima kasih jugak kat keluarga tercinta yg banyak memberikan idea, kerjasama, sokongan dan kata2 semangat)

Insyaallah, rakaman ini akan bersiaran langsung selepas 3 minggu dari tarikh (18/12/2012) kemungkinan pada hari Sabtu ni (5/1/2013) pukul 4.00 ptg di RTM1, sebarang perubahan akan diberitahu. Take note! Jangan lupa tonton. :) Minta maaf utk segala kekurangan dari saya yg terlihat semasa siaran langsung nanti. First time lah katakan. Gugup pulak tu. huhu.. Sekian, terima kasih diucapkan kepada anda yang sanggup membaca sampai ke penghujung entri yang panjang berjela2 kali ni. panjangkan? Kalu nak diceritakan keseluruhan cerita secara terperinci lagi panjang dari ni kot, tak larat dah nak tulis, takut tak terbaca pulak nanti. hehe.. Ok lah, enjoy your life in your own way! :) Thanks again!

Comments
3 Comments

3 comments:

  1. da lama x bca blog fira.. btw.. congratulation n kuat kn usaha fira ok.. dan x juga dgn kesihatan fira tu, jaga kesihatan fira tu taw. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. thanks fared!! :) insyaallah!! fira jga kesihatan lebih baik slps ni.. cuma akhir2 ni kesihatan kurang memberangsangkan.. thanks krn mengambil berat.. :)

      Delete

spread love <3

 

Kata-kata Semangat

"jika anda mahukan kejayaan, jgnlah meningglkn sorg drpd kamu berada didlm kegagalan.. biarlah kejayaan itu dikecapi dan dirasai bersama tnpe ada yg terkebelakang.."

"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."

"Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."

Kata-kata Hikmat

"Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya."

"Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan."